Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)



Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 sebagai sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang telah ditubuhkan bertujuan menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Polisi Perumahan Negara. Sebagai salah sebuah penyedia perumahan mampu milik berkualiti yang utama di Malaysia dengan pelbagai projek yang diamanahkan oleh Kerajaan, SPNB mempunyai sumber rangkaian yang komprehensif.



Ada beberapa jenis perumahan yang dilaksanakan oleh SPNB ini, antaranya;
  • Skim Rumah Mampu Milik
    Tanggungjawab utama SPNB difokuskan kepada pembangunan rumah mampu milik di seluruh negara melalui pelaksanaan Skim Rumah Mampu Milik atau lebih dikenali Skim RMM.

  • Skim Rumah Mesra Rakyat
    Di bawah Skim Rumah Mesra Rakyat atau Skim RMR ini, SPNB telah berjaya menyediakan pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah dengan pendapatan tahunan isi rumah tidak melebihi RM18,000 serta mengalami kesukaran untuk mendapatkan pinjaman perumahan daripada institusi-institusi kewangan.

  • Pemulihan Projek
    Pada 10 Mac 2001, SPNB telah dilantik oleh Kementerian Kewangan di bawah pengawasan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai Agensi Pelaksana untuk Projek Pemulihan Perumahan Terbengkalai.

  • Perumahan Anggota Tentera di Lembah Klang
    SPNB bertindak sebagai syarikat pembinaan yang bertanggungjawab membina kuarters-kuarters untuk pelbagai agensi Kerajaan seperti Angkatan Tentera, Perkhidmatan Awam dan pelbagai badan Kerajaan

  • Projek Perumahan Khas
    Sebagai sebuah entiti kerajaan untuk pembangunan projek perumahan, SPNB juga diamanahkan untuk menyempurnakan pelbagai projek khas seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kewangan dari masa ke semasa.

Antara lokasi projek perumahan;
  • Taman Medan Cahaya, Petaling Jaya, Selangor
  • Taman Seri Asahan, Jasin, Melaka
  • Taman Seri Hilir, On Lok, Melaka

IBU PEJABAT
Syarikat Perumahan Negara Berhad (444205-M)
10th Floor, Bangunan MAS,
Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
603 - 2052 3838
603 - 2164 8451



Bahagian Jualan & Pemasaran:
603-2057 3333 / 03-2057 3207 / 03-2057 3208
603-2168 8246
sales_marketing@spnb.com.my
Bahagian Komunikasi Korporat & Perkhidmatan:
603-2057 3448 / 2052 3858 / 2057 3437 / 2052 3877
pr@spnb.com.my
Maklumat lanjut, sila layari
http://www.spnb.com.my
Share on Google Plus

About wahdaz

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: