Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 sebagai sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang telah ditubuhkan bertujuan menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Polisi Perumahan Negara. Sebagai salah sebuah penyedia perumahan mampu milik berkualiti yang utama di Malaysia dengan pelbagai projek yang diamanahkan oleh Kerajaan, SPNB mempunyai sumber rangkaian yang komprehensif.
Ada beberapa jenis perumahan yang dilaksanakan oleh SPNB ini, antaranya;
- Skim Rumah Mampu Milik
Tanggungjawab utama SPNB difokuskan kepada pembangunan rumah mampu milik di seluruh negara melalui pelaksanaan Skim Rumah Mampu Milik atau lebih dikenali Skim RMM. - Skim Rumah Mesra Rakyat
Di bawah Skim Rumah Mesra Rakyat atau Skim RMR ini, SPNB telah berjaya menyediakan pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah dengan pendapatan tahunan isi rumah tidak melebihi RM18,000 serta mengalami kesukaran untuk mendapatkan pinjaman perumahan daripada institusi-institusi kewangan. - Pemulihan Projek
Pada 10 Mac 2001, SPNB telah dilantik oleh Kementerian Kewangan di bawah pengawasan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai Agensi Pelaksana untuk Projek Pemulihan Perumahan Terbengkalai. - Perumahan Anggota Tentera di Lembah Klang
SPNB bertindak sebagai syarikat pembinaan yang bertanggungjawab membina kuarters-kuarters untuk pelbagai agensi Kerajaan seperti Angkatan Tentera, Perkhidmatan Awam dan pelbagai badan Kerajaan - Projek Perumahan Khas
Sebagai sebuah entiti kerajaan untuk pembangunan projek perumahan, SPNB juga diamanahkan untuk menyempurnakan pelbagai projek khas seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kewangan dari masa ke semasa.
- Taman Medan Cahaya, Petaling Jaya, Selangor
- Taman Seri Asahan, Jasin, Melaka
- Taman Seri Hilir, On Lok, Melaka
IBU PEJABAT | ||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||
|
http://www.spnb.com.my
No comments:
Post a Comment