bsummary

[Kuala Lumpur][bsummary]

vehicles

[Kuala Lumpur][bigposts]

business

[Melaka][twocolumns]

223,000 rumah mampu milik

Bajet 2014: 223,000 rumah mampu milik dibina tahun depan 

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Sebanyak 223,000 unit rumah dengan harga berpatutan, akan dibina oleh kerajaan dan sektor swasta tahun depan, sebagai
usaha untuk meningkatkan akses pemilikan rumah oleh rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata daripada jumlah itu sebanyak 16,473 unit rumah akan dibina oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) menerusi Program Perumahan Rakyat (PPR) dengan peruntukan berjumlah RM578 juta.

"Di samping itu JPN juga akan membina 600 unit Program Perumahan Rakyat Disewa dan Perumahan Rakyat Bersepadu dengan peruntukan RM146 juta," kata Najib ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini.

PPR ialah program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.

Rumah-rumah PPR dijual pada paras harga antara RM30,000 dan RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM40,500 seunit untuk Sabah serta Sarawak.

Najib berkata 80,000 lagi unit rumah akan dibina menerusi program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dengan peruntukan RM1 bilion dan setiap unit rumah dijual 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.

No comments: