SPNB BAIKPULIH PROJEK RUMAH TERBENGKALAI 20 TAHUN

Selepas 20 tahun kecewa dan tidak pasti mengenai nasib projek perumahan, pemilik 17 unit rumah dua tingkat di Taman Sungai Pinang, Klang sekarang mampu untuk berpindah ke rumah baru yang telah terbengkalai oleh pemaju terdahulu sejak 1985.
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), sebuah syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.), telah diarahkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mengambil alih dan membaikpulih projek perumahan ini yang telah dilancarkan sejak tahun 1983.
Para pembeli rumah Taman Sungai Pinang telah menunggu selama dua dekad setelah projek perumahan ini terbengkalai disebabkan masalah kewangan dan pengurusan yang dihadapi oleh pemaju perumahan terdahulu.
Dengan kos lebih daripada RM1.16 milion untuk dibaikpulih, setiap unit bernilai antara RM99,975 hingga RM128,875 dengan keluasan lantai 1,700 kaki persegi dan keluasan tanah antara 1,600 kaki persegi hingga 4,000 kaki persegi.
Dibina di atas kawasan pegangan bebas seluas 1.3 ekar di Klang, Selangor, projek perumahan ini membabitkan pembinaan sejumlah 29 unit rumah kediaman. Walaubagaimanapun SPNB hanya bertanggunjawab untuk membaikpulih 17 unit yang mana pemilik telah menerima hak milik kediaman.
Menurut Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi Eksekutif SPNB, “Kami telah mengambil alih projek yang 80 peratus siap ini tanpa mengenakan apa-apa bayaran tambahan kepada para pembeli dan pada masa yang sama Kerajaan terpaksa menanggung kerugian bagi memastikan projek ini disiapkan sepenuhnya.”
“Oleh itu, saya berharap dengan siapnya projek ini, penderitaan yang ditanggung para pembeli akan berakhir,” tambah beliau lagi.
“Sebenarnya, disebabkan kegagalan para pemaju perumahan menyiapkan projek perumahan, impian para pembeli untuk memiliki sebuah rumah tidak tercapai dan turut dibebani oleh masalah kewangan, kerana bukan sahaja terpaksa membayar sewa rumah yang lain tetapi juga harus membayar pinjaman perumahan dengan pihak bank.”
Beliau menambah “SPNB akan terus memberikan tumpuan mengukuhkan lagi kekuatannya dan mempercepatkan kerja-kerja membaikpulih bagi membantu Kerajaan memulihkan kembali projek-projek perumahan terbengkalai di Malaysia.”
Di Selangor, SPNB sedang membaikpulih tiga projek perumahan yang terbengkalai iaitu, Taman Kantan Permai (Fasa 1), Kajang, Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam dan Taman Desaria, Petaling Jaya.
Buat masa ini, terdapat 176 buah projek perumahan terbengkalai diletakkan dibawah skim pemulihan SPNB seperti yang diarahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, yang melibatkan 51,413 unit kediaman dengan anggaran nilai projek RM4.3 bilion.
http://www.spnb.com.my/bm/corporate/newsbank/press/press_2006-01-05.htm

No comments:
Post a Comment