bsummary

[Kuala Lumpur][bsummary]

vehicles

[Kuala Lumpur][bigposts]

business

[Melaka][twocolumns]

Cara beli rumah LELONG yang UNTUNG BESAR

Beli rumah lelong nampaknya macam boleh untung. Namun sebenarnya ia adalah indah khabar dari rupa jika anda tidak tahu cara yang betul. Beli rumah sama macam beli barang lain. Jika anda beli barang makanan lelong, pastinya tarikh luputnya hampir tamat. Apabila anda beli makanan lelong yang terlalu banyak, anda sudah rugi BESAR. Sebab anda tidak dapat menghabiskan semua makanan tersebut sebelum sampai tarikh luputnya.Anda beli LELONG - anda RUGI BESAR.

Oleh itu, sebelum membeli rumah lelong anda perlu ada ilmu. Di sini ada beberapa panduan yang boleh anda gunakan;

  1. Luangkan masa untuk MELAWAT rumah tersebut.
    Pergi dan tengok sendiri rumah yang anda ingin beli. Jika anda membeli rumah tersebut untuk diduduki, adakah anda berpuas hati selepas melihatnya? Dan jika anda membeli untuk disewakan, adakah anda sanggup untuk menyewa di situ? Duduk dan perhatikan sekeliling rumah tersebut. Ambil masa anda untuk berfikir. Jika boleh buat lawatan 4 - 5 kali sebelum anda membuat keputusan.

    JANGAN BELI jika anda lihat rumah tersebut perlu dibaiki dan kosnya telah melebihi dari bajet anda. Banyak yang rosak dan dah tak macam rumah pun.

    JANGAN BELI jika jiran sebelah menyebelah rumah tersebut macam tak happy tinggal di situ. Mungkin kemudahan terlalu jauh atau rumah terlalu sempit.

    JANGAN BELI jika anda rasa macam susah untuk anda pergi ke sana. Mungkin sistem jalan raya sesak atau kawasan terlalu jauh ke dalam dan sebagainya.
  2. Semak HARGA PASARAN.Anda perlu semak harga pasaran hartanah di kawasan tersebut. Buat KAJIAN HARGA dan jangan malas. Anda perlu jumpa jiran di sana dan tanyakan mereka. Jika mereka menyewa, berapa harga sewa. Jika itu rumah mereka sendiri, tanyakan berapa harga mereka beli dan tahun bila. Melalui soalan-soalan anda, anda sudah boleh senaraikan info berkaitan harga di kawasan tersebut. Dan cuba anda lihat taman-taman perumahan bersebelahan lokasi anda. Berapa pula harga rumah dan sewa di sana. Melalui maklumat yang anda kumpul tersebut, barulah anda boleh buat keputusan yang tepat.

    JANGAN BELI jika harga di kawasan tersebut lebih mahal dari kawasan sebelahnya yang lebih maju sedangkan jarak hanya beberapa kilometer.

    JANGAN BELI jika harga sewa terlalu rendah dari harga yang anda perlu bayar kepada bank, jika anda berniat untuk menyewakannya.

    JANGAN BELI jika ramai antara meraka yang ingin menjual balik rumah mereka di kawasan tersebut.
Okey, untuk itu dulu panduan kali ini. Cuba dulu dua panduan ini, baru anda boleh teruskan dengan panduan ketiga, keempat dan seterusnya.

No comments: