Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Tawar Pinjaman Sehingga 105 Peratus
Pembeli rumah di bawah Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) ditawarkan pinjaman sehingga 105 peratus oleh institusi kewangan terpilih dengan tempoh pembayaran balik sehingga 30 tahun selain dikecualikan pembayaran duti setem untuk mengurangkan beban mereka.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pendekatan itu selaras dengan aspirasi kerajaan memastikan rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan sederhana, terutama di bandar dan pinggir bandar, membabitkan isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000 sebulan. Katanya, pinjaman ditawarkan sehingga 105 peratus supaya lebihan lima peratus diguna bagi membiayai kos insurans dan yuran guaman.
Pembeli juga boleh mengeluarkan simpanan akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menampung sebahagian bayaran balik pinjaman.
Datuk Seri Najib turut mengumumkan penubuhan Perbadanan Program PR1MA, di bawah Pejabat Perdana Menteri, bagi merancang dan menyelaras pembinaan projek itu di seluruh negara selain menentukan pengagihan rumah kepada pemohon yang layak.
Akta khas sedang digubal mengenai penubuhannya dan akan dibentang di Parlimen pada sidang akan datang.
Baca selanjutnya :
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/110-ekonomi/10294-program-perumaha-1malaysia-pr1ma-tawar-pinjaman-sehingga-105-peratus.html
Labels:
PR1MA
No comments:
Post a Comment